Malam yang sepi. Hanya diiringi lagu-lagu keras, yang dah sebati dengan jiwa guwa. Tiada deruan angin malam yang dingin, cuma angin kipas meja brand Trio disudut bilik. Semakin lama guwa semakin stress. Ditambah lagi dengan gangguan nyamuk-nyamuk kampung yang mencari rezeki dimalam hari. Binatang punya nyamuk !
Dan ini yang memperkuatkan hati guwa untuk menulis. Ye, entri yang pertama kali. Guwa bukan dilahirkan sebagai seorang penulis, bukan pula seorang kaki sembang yang tak penah ada betulnya. Bahkan bukan juga seorang mat jambu atau hero gadis gadis yang sentiasa main ayat power. Guwa cuma budak biasa yang inginkan benda luar biasa .
Okay, guwa cuma nakkan experience sebagai penghuni zaman urban cegini. Budak-budak semua pandang IT. Nak kata IT tapi tak sangat la kan. Apa yang guwa nampak, budak-budak kita ni cuma pro dekat Facebook je, kalau disuruhnya bukak Microsoft Office ke, Microsoft Power Point ke belum tentu depa tahu. Heheh
Guwa tanak cerita panjang untuk first entri ni. Just guwa nak kasi intro sikit pasal guwa dan semua-semua tu lah. Okay guwa nak cerita asal usul kewujudan guwa kat muka bumi ni.
alkisahh. .
Nak dijadikan cerita, pada 11April1994 bersamaan hari Sabtu , seorang bayi yang kacak lagi berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dimasa hadapan baru sahaja dilahirkan sekitar jam 8.15 pagi.
Alangkah bahagianya pasangan suami isteri berketurunan jawa yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira 11 tahun itu. Kelahirann bayi itu adalah yang keempat buat En. Ismail dan Pn. Jalijah. Bayi itu kemudiannya diberikan nama Mohamad Azlan yang guwa sendiri takpasti apa maknanya. Terlalu banyak kalau nak dihimpunkan.
Setelah 6tahun berlalu, Azlan telah disekolahkan di Tabika Kemas Kampung Dot Dot Dot dekat-dekat dengan surau. Beliau mendapat tempat ke-2 dalam peperiksaan akhir tahun. BUZZZZ ! ! ! Bapak hebat guwa cakap lu beb.
Nak diringkaskan cerita, 6 tahun guwa habiskan belajar di Sekolah Kebangsaan Dot Dot Dot. Time ni dah habis UPSR. .umpama menanam tebu ditepi longkang. .memang manis ! Sehingga lah disuatu masa tatkala dia nak pegi amek result, time tu dia dah goyang cuak-cuak failed. Tup Tup ! 4A1C. Kira Okay la.
By that, dia apply SMKBanting, SAMTTAR dan Yayasan Selangor. Tapi dia nak Yayasan sebab Yayasan best. Sampai lah dia Form3. Masa PMR dia cuma dapat rembat 1A4B3C. Habis dia kena basuh cukup-cukup dengan mak dia. Kemudiannya dia apply pula SMT Klang sebab nak tukar selera dan belajar sesuatu yang lain. Dan sekarang masih lagi kat situ, tapi untuk sehari je lagi nak habiskan exam SPM beliau. Finally, selesai sudah sekolah menengah.
So, sebagai penutup. Thanks a lot untuk korang yang sudi luang masa kat sini. Guwa cuma bagi intro je. Kenapa bagi nama Selipar Jepun (SJ) ? Ha, guwa main bedal je. Ni guwa baru warming up untuk berblogging sebab guwa merasa bosan dan nak cuba gaya hidup remaja dizaman metropolitan ni yang suka berblogging dan bersosial (: Thank you (:
4 comments:
;D
nice post. teroskan berkaryaa~ haha
heheh. thank you ^^,
hahaha sweet one! kira pendahuluan ke ni xD hekhek *kidding! sweet nyway :D
ahaha.
yes baru pendahuluan. perlukan masa utk entri lain.
thanks (:
Post a Comment