November-Disember musim cuti. Err, cuti untuk para budak sekolah je laa. Guwa bukan budak sekolah dah sekarang. Guwa dah tak terbabit dah dengan bangunan yang banyak-banyak kaler tu. Heh bak kata orang-orang yang sikat rambut belah tepi pakai seluar tergantung tu, tempat tersebut dipanggil pusat menimba ilmu lah kan. haa.
Holiday punya holiday guwa rasa tak ramai yang pegi bercuti dengan family. Lagi-lagi para budak sekolah. Masa cuti ni diorang banyak mengahabiskan masa dekat pasaraya dengan family kan. Yelah, beli barang-barang sekolah kan. Hahah. Tahun baru semua nak baru. Bahkan underware pun kalau boleh nak baru. Tak branded pun takpe takjadi masalah yang penting baru dan ada bau kedai. Haa baru lah semangat nak pegi sekolah, masuk gate masa firstday pun rasa kemain bangga je kan.
Bagi school leavers pulak, ramai yang merayau-rayau cari kerja. Tapi setakat ni ramai cari kerja je lah, yang dah bekerja tu masih sikit. Macam guwa. Haa tetiba guwa teringat pulak experience masa cari kerja itu hari. Cibai betul. *Guwa plan nak cerita benda lain tapi terlintas yang lain pulak. hahah.
Okay, ceritanya macam nii. Kejadian baru je seminggu yang lepas.
Malam tersebut Idham call, 'Lan esok teman aku pegi hotel tempat kau apply job hari tu boleh ?' Guwa pun tanpa berlengah dan tak berapa dengar suara beliau pun kata okay je. Padahal tak dengar sangat pun apa dia cakap sebab coverage macam cilaka. Then lepas habes cakap dekat phone guwa bagi text dekat dia, 'apa kau cakap tadi?'
Nak short short short kan cerita hari yang ditunggu pun tiba. Kami gerak dalam pukul 9, semangat nak bekerja punya pasal. Tapi konon-konon je. Budak tu ajak guwa lepak dulu kat mamak. Sejam lebih kut lepas tu baru gerak. cikoi betul mamat ni.
Then dia drive tenggiling EX5, guwa duduk belakang. Guwa dah kemain risau ni, mata rabak gila, mengantuk. Kang guwa tetido langsung tegolek dan kemudian dilenyek oleh jentera berat yang melalui jalan raya tu. Lantak lah, guwa nekad duduk pegang baju Idham. Apa-apahal tawakkal je. Member punya pasal guwa follow .
Sampai hotel guwa conduct dia pegi office, mat jambu macam beliau memang pemalu. Itu hari guwa apply kerja dekat situ datang sensorang je beb. Haaa. cool je kan. Apply macam biasa je, isi borang, hantar. Lepastu balik tunggu dalam seminggu nanti depa call dapat ke tidak.
Lepas check out hotel, dia ajak pegi Jusco pulok. Hmm 'Yela Idham, aku follow je' . Dia kata alang-alang merantau singgah la sekali, kut-kut ada kerja kosong kat situ. Okay guwa layankan aje. Pusing-pusing cari kedai best dengan harapan ada vacancy untuk kami.
BIG APPLE
Tu dia, tengah jalan-jalan ternampak Big Apple. Ala kedai donut yang mahal-mahal tu laa. Idham bagitau guwa, 'itu hari aku nampak ada iklan kat depan tu, cari staff untuk cashier. Try jom.' Haa guwa pun ikut je, dah la ngantuk. Lepas tu macam biasa la perintahkan guwa untuk cakap. Konterol ayu lah dia ni. Hish.
Akak yang duduk kat kaunter tu pun macam tautau je niat kami. Cari kerja ke ? Haa kenapa akak tu tak tanya nak donut apa ? Lantas guwa pun angguk menandakan tekaan beliau tepat. Akak tu senyum-senyum sambil menghulurkan beberapa helaian kertas. Guwa pasti itu borang. 'Eh macam tautau je akak baru lepas fotostat kan. Haa isi lah, amek pen ni'
Kami pun senyum je la nak cepat kononnya. Guwa tengok page depan borang tu . Dia suruh isi Posisi, Gaji yang Diminta, Nama Penuh dengan Alamat la macam biasa. Complete. Selak page sebelah. . . .
Mak aih celakanya soalan !
Ada pulak pi tanya guwa Hobi, Cita-cita, Sukan, Bilangan AdikBeradik, Nama AdikBeradik, Pekerjaan, Jumlah Tanggungan lagi apa entah. Serius guwa cakap macam borang mintak Biasiswa ! -__________- Nak kata bebal kang marah pulak. Borang tu bukan dalam bahasa melayu mahupun Inggeris. Tapi bahasa indon. Hampeh. Untung guwa dapat dua helai je. Ada dua orang budak perempuan tu dapat 3helai borang, guwa dapat 2 je sebab lagi satu dah habes. Guwa taktau la apa soalan lagi yang depa bagi kat budak pempuan tu.
Yang guwa bertambah 'mengoren' ni, dia suruh nyatakan gaji yang diminta. Guwa pun buh la RM1k and something. Then guwa tanya akak tu, 'kak, gaji basic untuk cashier berapa?' RM800> Adooiiii syaitan syaitaaaaannnn. . . --' Sungguhpun guwa mintak Rm900. Belum tentu guwa dapat tau. Yang gelabah suruh buh gaji yang guwa impikan tu kenapa mangkuk. haih
Kalau guwa dapat sekalipun job tu, takkan sesekali guwa terima, nak singgah beli donut pun guwa tanak. Chiss !
No comments:
Post a Comment