Sunday, 25 December 2011

Alternative Riding Club - pheeewww~

          Peace Yo ! (^^)v


         Ehem ehem. Guwa sedar malam ni adalah malam yang sangat bosan. Err sebenarnya tiap malam pun bosan kan. Tak kisah lah, malam ni tetap bosan, tapi mula-mula je. Guwa enjoy hari ni, sedetik berada di pesisir pantai semenanjung Malaysia memang seronok ! Eh, beronok-ronok kut.




        Cerita dia cegini. Asalnya dah dari semalam pun guwa plan. Guwa roger rakan-rakan kedai burger atau nama saintifik yang lebih tepat, budak bawah lampu. Budak bawah lampu stand for kanak-kanak yg selalu lepak kat bawah lampu belakang kedai burger si Buibui. Semalam ajak diorang keluar pegi Autoshow, favorite guwa lah tu. Guwa memang suka, gila, obses dan sukakan kereta-kereta make-up. Cun~


        Tapi tak jadi, sebab masa tu dah malam sangat. Guwa rasa pun program nak tutup dah.  Jadi tak pegi la, merempat je duduk dalam bilik goyang-goyang kaki fikir halatuju masa depan.


        Tadi, sekitar jam 8.40 malam. Terduduk guwa kat ruang tamu. Fokus pada skrin lappy Compact kepunyaan brader guwa layan game Pool Live Tour dekat facebook. Boring tahap impak maksima.


Beep beep. .beep beep


Telefon. . .telefon berbunyi ~ Telefon. . .telefon berbunyiii~
Haa, jenguk sikit kat phone Black-torchlight guwa. 1 MESSAGE RECEIVED - Buibui
'Lan, kau nak follow tak ? Expo !'
'Mana ? tunggu kejap nanti aku sampai.' Guwa balas ringkas.


       Enjin tenggiling guwa pun dihidupkan. 'Ari ! Kau nak order apa ?' Soal guwa kat adik. Dia paw guwa nasi lemak. Memang kuat makan dia tu, tengok perut pun dah tau . Perjalanan pegi kedai burger Buibui sekejap je. Rasa macam naik kereta De'Lorean dalam cerita Back To the Future pulak. Sepantas cahaya jingga guwa bergerak. Tup tup dah sampai.


        Datang-datang guwa parking tenggiling guwa tu dekat kedai burger. Guwa diarahkan naik dengan Idham dengan EX5 beliau. 3 bijik tenggiling diikuti 5 orang. Guwa pun takpasti sebenarnya diorang nak pegi mana. 


        Mula-mula gerak pegi tapak Tesco lama. Tesco tu pun dah lingkup dah. Lama dah tutup. Budak Cina panggil Tekocoi. Kenapa ? Tesco Choice laaa. Cuba sebut lelaju. Tekocoi Tekocoi Tekocoi. Seronok kan ?


        Tapi dekat situ dah tak banyak benda best. Autoshow pun dah takde. Cuma ceramah-ceramah ngarut tu je. Bukan ceramah agama, tapi ceramah Jenayah. Pembebel dia si Penganalisis Jenayah tu, Kamal Affendi Hashim. Mat Pit banyak la lepak situ. Orang tua-tua tak ramai pun. Kami datang, turun tenggiling kejap. tak sampai 5minit lepas tu chow.

MORIB

         Yeah ! Pantai morib. Ekceli guwa pun taktau ada Expo kat Morib. Guwa ingat Expo semata-mata macam biasa. Selalunya memang takbest sangat takbest. Tapi masalah boring yang hampir takde penawarnya buat guwa ikut bebudak bawah lampu yg cerah masa depan ni. Hasilnya ?

         Masa tengah cari-cari parking motor, ada brader datang pakai T-shirt hijau. 
'Eh korang datang dari mana ni ?' Soal brader tu. Kitorang pun borak-borak la kejap. Lepas tu brader tu kata, korang pegi parking kat dalam tu sambil tunjuk khemah yg special punya. Kitorang petak sekejap. Kenapa pulak ? Kitorang niorang luar.

         Dan brader tu cakap, serta merta korang dipilih jadi ahli kelab. Ya Rabbi. . Rupanya diorang buat Grand Reunion untuk kelab ARC(Alternative Riding Club). Korang nanti dapat sticker kelab lepas register. Yg bestnya. . .brader tu sebenarnya Timbalan Pengurus Selangor untuk kelab tersebut. Brader tu cakap, 'Ha bawak aku sekali masuk dalam'. Muda lagi, bahasa pun sempoi jee. Omar perintahkan brader tu bawak motor dia, dia dok belakang. Molek sangat lah tu.

        Parking parking parking. Heh ! Bangga la parking sebelah superbike - Kawasaki, Aprillia, Ducati. Perhh ! Motor kami ? EX5, LC135, 125Z. Yes dengan Ego. Lupa pulak nak cakap ada lagi dua orang beruk dah sampai dulu tadi. Masa register tu tak lama sangat, just bagi IC lepas tu lepak belakang khemah tempat parking. Brader Timbalan Pengurus ajak lepak. 

        Dan mulalah sembang-sembang beliau. Daripada tujuan penubuhan ARC sampai lah aktiviti yg diorang buat. Baru guwa tau, tu salah satu kelab paling besar kat Malaysia ni. Tapi  tak seronok lah borak denga dia sorang je. Then dia pi panggil Ketua Pengurus ajak lepak sekaki. Suai kenal dengan anak buah baru katanya.

       Yang jadi kebanggaan. Dalam ramai-ramai penonton kat depan pentas tu, kitorang yg dipilih lepak sama-sama. Rasa macam VIP pulak dah. Timbalan dia Ustaz sekolah tahfiz. Motor dia superbike Kawasaki dengan Aprillia. Wahh molek.

       Diorang sembang-sembang lah pasal kelab. Kelab tu bukan sekadar nak kumpul matmat motor. Tapi cara nak ubah persepsi dan matlamat diorang yg tahpape. Sebab ? Diorang buat kelas agama masa konvoi pegi mana-mana. Diorang ajar safety ride untuk jadi rider yg baik kat tengah jalan raya dan dekat track. Diorang pun ada racer Pro , tadi guwa jumpa tapi apa nama dia guwa tak ingat. Tapi guwa penah dengar.

       Jap. . . .guwa rasa mcm menjela-jela pulak. err. takpelah. Yg penting kitorang mmg best. Masa tengah sembang tu, Awie band Utopia selaku line up pengurus tengah buat show. Then dia panggil kami suruh naik stage sekali. Wahhh macam artis pulok. Brader manager tadi beria-ia sangat ajak kami naik. Kami pun layankan aje lah. Amek-amek gambar, lampu bling bling, camera sana sini. Wahh ! terujaa~

        Then turun stage, depa mai lagi cerita aktiviti esok dgn plan akan datang. Depa jemput kami turun track utk test. Pagi nanti dekat Subang. Tapi tak konfem la kami nak pegi. Train untuk jadi Racer ! Wahh ! Teruja lagiii. Then depa ajak lagi untuk konvoi akan datang. All in support ! Wahh ! teruja lagiiii. Lepas tu depa suruh kami lantik sorang leader bagi kampung kami . Amar paling layak sebab ditemani jentera 125Z beliau. Wahhh ! Amar sorang je yg teruja lagiii.

         Yooo ! Kalau tak malam tu kami-kami sekali ikut camping dekat pantai tu. Depa ajak jugak. Mana bolehh. Kami ada komitmen lagi kat rumah. Hari pun dah gelap gila sejuk gila ngantuk gila penat gila dan memang gila lah ! Macam VIP beb ! hihi . Okay On the road balik ~ Banyak sticker kelab, button depa bagi. Cuma tshirt je takde, kena bayar RM25. Chiss !

Tengok muka Amar yg paling teruja tadi, dengar cerita esok dia nak follow masuk track.

No comments: